Inilah Peristiwa Yang Pernah Menggemparkan Dunia dan Belum Terungkap Sampai Sekarang di Segitiga Bermuda (Bermuda Triangle)

Share
Pesawat TBF Grumman Avenger milik Tentera Laut Amerika Syarikat, menyerupai Flight 19. Gambar ini banyak digunakan oleh ramai pengarang Segi Tiga Bermuda bagi menggambarkan Flight 19. (Tentera Laut A.S)
Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu. [16]
Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik.

Mary Celeste

Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.

USS Cyclops

Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini.[18][19]

Theodosia Burr Alston

Theodosia Burr Alston adalah anak kepada bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr. Kehilangan beliau telah disebut sekali berkait dengan Segi Tiga Bermuda, di dalam The Bermuda Triangle oleh Adi-Kent Thomas Jeffrey (1975). Beliau adalah seorang penumpang kapal Patriot, yang berlayar dari Charleston, South Carolina ke New York City pada December 30, 1812, dan tidak lagi kedengaran selepas itu. Kegiatan lanun dan Perang 1812 dikaitkan sebagai penjelasan, juga teori yang mengatakan beliau ditempatkan di Texas, di luar daripada Segi Tiga Bermuda.

Spray

Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikaikan lagi; dia merupakan orang pertama berlayar mengelilingi dunia seorang diri. pada 1909, dalam botnya kapal layar Spray dia mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela. Dia lenyap; tidak terdpat bukti langsung dia pernah berada dalan Segi tiga Bermuda apabila Spray hilang. Ia dipercayai bahawa dia dilanggar oleh kapal wap atau dihentam paus, dan Spray merupakan bot yang terlalu baik dan Slocum merupakan pelayar yang terlalu berpengalaman bagi punca lain untuk dianggap berlaku, dan pada 1924 dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. Sungguhpun misteri, tidak terdapat sebarang bukti bagi, atau menyangkal, aktiviti paranormal.


SS Marine Sulphur Queen

SS Marine Sulphur Queen, kapal tangki T2 yang diubah suai dari pembawa minyak kepada pembawa belerang, kali terakhir dihubungi pada 4 Februari 1963 dengan anak kapal seramai 39 berhampiran Florida Keys. Marine Sulphur Queen merupakan kapal pertama disebut dalam Vincent Gaddis' 1964 rencana Argosy majalah, tetapi ia mengatakannya sebagai "belayar ketempat yang tidak diketahui"", sungguhpun lapuran Pengawal Pantai yang tidak hanya merekodkan sejarah penyelanggaraan kapal yang buruk, tetapi mengistiharkannya sebagai kapal yang tidak sesuai di laut dan tidak sepatutnya dibenarkan berlayar.

Raifuku Maru

Salah satu kejadian yang paling terkenal di Segi Tiga Bermuda berlaku pada tahun 1921 (beberapa pendapat mengatakan beberapa tahun selepas itu), apabila sebuah kapal Jepun Raifuku Maru (kadang kala disalah erti sebagai Raikuke Maru) went down with all hands selepas menghantar isyarat meminta bantuan yang berbunyi "Bahaya seperti pisau belati sekarang. Datang cepat!", atau "Ia seperti pisau belati, datang cepat!". Ini telah menyebabkan para penulis membuat spekulasi berkenaan perkataan "dagger", with a waterspout being the likely candidate (Winer). Dalam realitinya, kapal ini bukan berada berdekatan Segi Tiga Bermuda, dan perkataan "pisau belati" bukan merupakan sebahagian daripada panggilan meminta bantuan kapal ("Sekarang sangat bahaya. Datang cepat."); telah belayar daripada Boston menuju ke Hamburg, Jerman pada 21 April, 1925, kapal ini terperangkap dalam ribut teruk dan tenggelam di Atlantik Utara dengan kesemua anak kapalnya sementara sebuah kapal lain, RMS Homeric, telah mencuba melakukan usaha penyelamatan tetapi tidak berjaya

Dan Berikut adalah bebrapa Kejadian-kejadian yang terjadi di Segitiga Bermuda Sejak 1840-1999:
1840 : HMS Rosalie
1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
1909 : The Spray
1917 : SS Timandra
1918 : USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
1938 : HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
1945 : Penerbangan 19 menghilang
1952 : Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
1962 : US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
1976 : SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
1997 : Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.

0 Comment:

Posting Komentar

Next Prev